BAB KEENAM :
HAMZAH (FIL HAMZ)
Di dalam bab ini hamzah terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu :
1) Bentuk hamzah
2) Warna hamzah
3) Baris hamzah
4) Keadaan hamzah
5) Kedudukan hamzah
Pertama :
bentuk hamzah
-terdapat 2 pandangan ulama mengenai bentuk
hamzah
Mazhab Pertama : berbentuk bulat seperti
titik (.) sama ada ketika tahqiq atau tashil – seperti yang disebut
oleh Ahli Nuqoth.
Mazhab
kedua : ain kecil seperti ((ع – seperti yang disebut oleh Mazhab Nahu dan
Ahli Penulisan.
Kedua :
warna hamzah
Berikut
adalah warna-warna yang akan digunakan mengikut kedudukan hamzah dalam sesebuah
bacaan :
i.
Dalam keadaan tahqiq :
-Titik bulat, (bewarna kuning.)
ii.
Dalam keadaan tashil dan ibdal huruf hamzah
menjadi harakat :
-Titik bulat,( bewarna merah)
iii.
Dalam keadaan dihazafkan, atau ibdal huruf
hamzah menjadi huruf mad :
-Tidak akan diwarnakan.
Semasa
di awal penulisan al-Quran, warna pada tulisan al-Quran tidak menjadi masalah.
Namun, semakin lama, apabila teknologi percetakan mula dipekenalkan, timbul
masalah dalam bentuk dan warna hamzah itu sendiri. Maka muncullah,
bentuk-bentuk dibawah ini :
1. Hamzah itu berbentuk kepala ain ( ء ) ketika tahqiq.
2. Berbentuk titik bulat ( • ) ketika tashil atau ibdal huruf hamzah
menjadi harakat
3. Sekiranya hamzah itu diibdal menjadi
huruf mad, isqat , naqal maka, huruf hamzah itu tidak akan ditulis
Ketiga
: baris hamzah
Ulama’ – ulama’ nu’tah bersepakat dalam
meletakkan baris kepada hamzah.
Tempat serta kedudukan hamzah yang akan
diletakkan baris iaitu :
1. Ketika tahqiq
2. Ketika tashil
3. Ketika digugurkan hamzah dari
pembacaan
4. Ketika bertemu sukun yang asli (
sukun soheh )). قد أفلح )
5. Ketika bertemu tanwin ( رحيم ءأشفقتم )
Hal ini demikian kerana, keenam-enam kedudukan
hamzah ini kesemuanya masih ada pada lafaz dan penulisan dan hanya sesetengah
sahaja yang hanya hilang pada sebutan namun masih ada pada penulisan.
Bagi hamzah yang dalam keadaan IBDAL,
disini terdapat dua pandangan yang membahaskannya, iaitu :
1. Hazaf baris hamzah
2. Ditulis baris hamzah dan ini yang
diamalkan.
Dihazafkan baris hamzah pada enam tempat
iaitu :
1. Ketika mufrad
seperti ( أرأيت) mengikut wajah bacaan ibdal
2. Bertemu dua hamzah atau lebih di
dalam satu kalimah , dimana hamzah kedua adalah hamzah wasol
( ءĨ ذكرين )
3. Bertemu dua hamzah atau lebih di
dalam satu kalimah, dan bukanlah hamzah kedua itu adalah hamzah wasol dan huruf
selepasnya sukun ( ءأنذرتهم ) mengikut
wajah bacaan ibdal
4. Bertemu dua hamzah tau lebih di
dalam satu kalimah dan selepasnya adalah baris baris yang mendatang ( apabila
dua sukun bertemu)
5. Bertemu dua hamzah atau lebih di
dalam satu kalimah dan selepasnya adalah baris yang asli
( ءألد ) mengikut wajah bacaan ibdal
6. Bertemu dua hamzah didalam dua
kalimah
Bagi menggantikan hamzah yang telah
dihazafkan maka,
1. Bagi pecahan no. 1 dan
2 , akan dihazafkan baris serta huruf hamzah, namun akan diganti dengan
mattoh ( مطة )- tanda mad ( ~ )
2. Bagi pecahan no. 3, akan
dihazafkan baris serta huruf hamzah namun terdapat dua pandangan sama ada
hendak meletakkan mattah ( ini yang diamalkan ) atau tidak meletakkan
mattah.
3. Bagi pecahan no 4.
Dihazafkan hamzah dan tidak diletakkan mattah kecuali pada keadaan mad seperti
( ءĨ لان ).
4. Bagi pecahan no.5 dan 6,
dihazafkan hamzah dan barisnya serta tidak diletakkan mattah
Keempat : keadaan hamzah
Bagi pecahan ini akan membincangkan , keadaan
hamzah yang melayakkannya untuk mendapat perumah mahupun tidak.
Ketika mufrad :
Tidak ada rumah bagi hamzah sama ada hamzah
terletak di awal ayat, tengah ayat mahupun di akhir ayat.
Ketika jama’ ( dua hamzah ) :
Sekiranya dua hamzah yang berbeza baris
mahupun dua hamzah yang sama baris bertemu antara satu sama lain, maka
wajib hazaf salah satu daripada dua perumah hamzah.
Merujuk kepada perbahasan kedudukan hamzah
ketika jama’, disini, disertakan dua pendapat yang muncul dalam menentukan
perumah hamzah yang manakah patut dihazafkan:
Mazhab Al-Farra’ –
dikekalkan rumah hamzah yang pertama dan dihazafkan yang kedua. Pandangan ini
digunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan sama baris.
Mazhab Kisa’ie –
dihazafkan perumah hamzah yang pertama dan kekal yang kedua. Pandangan ini
dugunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan berbeza baris
Ulama’-ulama’ dhab telah menggunakan kedua-dua
pandangan ini seperti mana yang telah dinyatakan diatas.
Ketika jama’ ( tiga hamzah )
Hampir 60 pendapat yang membahaskan keadaan
hamzah ini. Contoh yang menjadi perbahasan adala wajah-bacaan berbentuk
istifham seperti (ءأامنتم ) dan sebagainya. Akan
tetapi, disini Cuma kan dijelaskan tiga pandangan sahaja, iaitu :
Hazaf yang pertama, letakkan
perumah pada hamzah kedua dan letakkan alif kecil pada hamzah ketiga
seperti ( ءأıلهتنا )
Hazaf yang pertama, letakkan alif
kecil pada tempat kedua dan alif pada tempat ketiga
Hazaf yang pertama dan kedua dan
letakkan alif pada hamzah ketiga (ءءامنتم )
Kelima : kedudukan hamzah
Jika tiada
rumah maka letak atas garisan sama ada :
1) awal( ءادم) 2) tengah(لرءوف) 3) akhir (السماء)
· Jika
ada rumah ia :
1)
dipisah (شطئة) (yang diamal) atau
2) disambung.
· Jika
berbaris atau sukun maka letak hamzah diatas rumahnya sama ada alif (أخذ) , waw (يكلؤكم) atau
ya (لئلا) .
· Jika
berbaris kasrah maka letak hamzah dibawah rumahnya rumahnya sama ada alif(إنا) , waw (اللؤلؤ) atau
ya (إنا) .
No comments:
Post a Comment