Sunday, July 25, 2021

 

Bab 5 : Tanda – Tanda Mad

 

Terbahagi kepada 2 pendapat :

-Sebahagian ulama’ Iraqi : Tidak perlu untuk meletakkan tanda cukup sekadar  terdiri Mad melalui petunjuk pada huruf itu sendiri

- Jumhur Ulama’ : Perlu meletakkan tanda Mad pada huruf

Tanda Mad :

 -Baris panjang yang terangkat sedikit yang berasal daripada kalimah (مد) yang dibuang kepala ‘mim’(م)nya dan dan ekor ‘dal’(د) bahagian atas.

 

Cara meletakkan tanda Mad , terdapat 2 pendapat :

1- Diletakkan berbetulan diatas huruf Mad (آ) : pendapat Abu Daud dan ini yang diamalkan.

2 - Diletakkan tanda Mad dihadapan sedikit pada huruf Mad.

 

   Diletakkan tanda Mad  atas huruf Mad yang tiga iaitu : Alif, Wau dan Ya (ا,و,ي) apabila bertemu dengan huruf hamzah (ه) Muttasil atau Munfassil.

     Contohnya : -

-  Hamzah muttasil : جآء

-   Hamzah munfassil :  وفي أنفسكم

 

Walaubagaimanapun Mad badal dan Mad lin tidak perlu diletakkan tanda melainkan pada tempat isybaa’ (اشباع).

     Contohnya : -  ءآمنوا 

 

Huruf Mad terbahagi kepada dua :

            1) Ditulis

            2) Dihazaf (dibuang)

-  Kalau ditulis huruf Mad akan diletakkan tanda Mad kepadanya  (جآء).

-  Kalau dihazaf huruf Mad terbahagi kepada 2 mazhab :

 

1)  Letak tanda diatas huruf Mad yang ganti   (شفعآؤا) : bersepakat syeikh dan ini yang diamalkan.

 

2)  Mad yang dihazaf dan tidak diletak alif ganti  (شفعىؤا)

Jika pertukaran hamzah tashil : tidak perlu diletakkan tanda

   - contoh :  اسرءيل

Seterusnya huruf Mad yang dibuang dan tidak diletakkan selepasnya hamzah dan sukun :

 

1)  Ya’ yang dihazaf : ےلايستحي 

2)   Ya’ Zaidah : ےدعان 

3)    Silah (صلة) ha’ dhomir dan mim jama’ : ان ربهۥ

 

Maka ulama’ Dhabt mengeluarkan 2 pendapat :

- Letak tanda ilhaq (اوي),

contoh : دعانے  , ان ربهۥ : ini yang diamalkan.

- Tidak perlu letakkan tanda ilhaq tapi letak tanda Mad,

contoh : ے من الحق  ,   لايستحي

 

 Dan pendapat pada ilhaq (إلحق) yang dibuang :

1)  Ulama’ Dhabt mazhab awal  : tidak perlu letak tanda dan diikuti oleh setengah mazhab yang terdahulu

 Khilaf pendapat pada meletakkan tanda pada huruf Mad:

1)   Sedikit yang berpendapat letak tanda berbetulan di atas huruf Mad dan ini yang diamalkan.

2)  Pendapat yang lain mengatakan letak tanda Mad dihadapan huruf sedikit.

No comments:

Post a Comment

  Bab surah al waqi'ah   ١ ) كوف وحمص أول المدينة    /     قد أسقطا   كأول    المشأمة ٢ ) موضونة للبصرى والشامى اردد   /    للثان ...