Sunday, August 15, 2021

 

BAB 9 : CARA PENANDAAN TANDA BAGI HURUF YANG DIHAZAFKAN DARI PENULISAN MASHAF

Huruf-huruf yang dihazafkan dari penulisan mashaf terbahagi kepada :

1. Huruf I’llah ( alif, wau dan ya ) dan ia berlaku kerana,

·       Berhimpun dua huruf yang sama

·       Untuk memendekkan tulisan

·       Untuk menggantikan huruf yang dihazafkan

2. Huruf nun

 

Namun, di dalam bab ini, kita akan membincangkan tentang huruf I’llah sahaja.

Hazaf huruf I’llah ini terjadi disebabkan tiga perkara iaitu :

1. HURUF I’LLAH ( BERHIMPUN DUA HURUF YANG SAMA )

- Ia berlaku sekiranya :

      I.          Huruf yang pertama sukun, huruf yang kedua huruf asli atau huruf yang menunjukkan jumlah banyak atau dua alif berhitung dalam satu masa, Sekiranya menghazafkan huruf yang pertama, boleh memilih untuk meletakkan tanda ilhaq atau tidak. Sekiranya, menghazafkan huruf yang kedua, mesti meletakkan tanda ilhaq.

    II.          Namun, sekiranya, huruf pertama adalah berbaris dhommah atau bersyaddah, maka :

-        Bagi yang menghazafkan huruf yang pertama, mesti meletakkan tanda ilhaq.

-        Bagi yang menghazafkan huruf yang kedua, boleh memilih untuk meletakkan tanda ilhaq atau tidak.

-         

2. HURUF I’LLAH ( UNTUK MEMENDEKKAN TULISAN )

- Pada dasarnya, ia memerlukan kepada penulisan ilhaq, tetapi haruslah memenuhi 2 syarat iaitu:

      I.          Huruf yang dihazafkan itu perlu berada di tengah kalimah.

Contohnya :-      صلح ، إبراهيم ، بينت ، العلمين

    II.          Selepasnya bukan huruf yang bertanda sukun.

Hal ini kerana bagi yang selepasnya adalah huruf sukun, terdapat dua cara tulisan iaitu:

-        Ditulis ilhaq dan ini yang diamalkan

-        Ditulis tanpa ilhaq

Tambahan :

- Pada lafaz jalalah ( الله ) Ulama’ bersepakat untuk tidak menulis ilhaq pada lafaz kalimah ini.

- Sekiranya huruf yang dihazafkan itu terletak di akhir kalimah,  Maka hukumnya, hazaf dan tidak perlu meletakkan ilhaq.

- Contohnya :- دعاء

 

3. HURUF I’LLAH ( UNTUK MENGGANTIKAN HURUF YANG DIHAZAFKAN )

·       Huruf yang menggantikan huruf yang dihazafkan itu terdiri daripada huruf ya’ dan wau.

- Hukumnya, harus ditulis dengan ILHAQ diatas huruf yang dihazafkan itu.

- Contohnya :- الصلوة ، الزكوة ، موسى ، هدىهم

·       Sekiranya huruf tersebut berada di akhir kalimah dan huruf selepasnya berbaris sukun, maka ia tidak perlu ilhaq.

- Contohnya :- قال عيسى ابن مريم ، واتينا موسى الهدى

·       Diletakkan ilhaq sekiranya memenuhi 10 perkara ini, iaitu :

                 i.          Alif ( ا )

               ii.          Ya’ (ي )

             iii.          Nun ( ن ) pada kalimah ننجي

             iv.          حيى

               v.          يستحيى

             vi.          تؤوى

            vii.          ورؤيا

          viii.          أولياء yang bersambung dengan dhomir

             ix.          جزاؤه

               x.          تأمنا

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

  Bab surah al waqi'ah   ١ ) كوف وحمص أول المدينة    /     قد أسقطا   كأول    المشأمة ٢ ) موضونة للبصرى والشامى اردد   /    للثان ...