BAB PERTAMA: MENYATAKAN ALAMAT SETIAP DARIPADA BARIS DAN
TANWIN HURUF.
BARIS
Baris terbahagi kepada
3jenis:
1)Al-Fathah: Alif
kecil yang ditidurkan dari kiri ke kanan(fathah dibaringkan bagi mengelakkan
perselisihan faham dengan alif yang biasa)
-Ulama berselilisih pendapat
tentang tempat meletakkannya, ada pendapat mengatakan fathah diletakkan di atas
huruf (yang kita amalkan), pendapat lain adalah fathah diletakkan di
depan huruf, tetapi pendapat ni adalah dhaif (قيل)
2)Ad-Dhommah: huruf wau kecil
-Ulama berselisih tentang
tempat meletakkannya, pendapat pertama adalah meletakkan dhommah di atas huruf
(yang diamalkan), ada pendapat mengatakan dhommah didepan huruf dan ada
pendapat mengatakan pada huruf, tetapi kedua-dua pendapat terakhir ini adalah dhaif.
-ulama juga berselisih
pendapat tentang mengekalkan kepala و atau tidak, mazhab Masyariq ( yang diamalkan) mengekalkan dan mashab Magharibah tidak
mengekalkan.
3)Al-Kasrah: huruf
ya’ yang ditebalikkan dan dibuang kepala huruf ya’ seperti garisan dari kiri ke
kanan
-Diletakkan di bawah huruf
Ketiga-tiga baris tersebut
mempunyai pendapat ulama yang berbeza tentang peletakkan baris pada pembukaan
surah (الم). Huruf-huruf pada
pembukaan surah ini dikenali sebagai huruf fawatuhu suwar. Mazhab Masyariq
tidak meletakkan baris manakal mazhab Magharibah meletakkan baris di
atas huruf.
TANWIN
Tanwin adalah baris yang diduakan seperti fathatain,dhommatain
dan kasratain. Tanwin terbahagi kepada dua iaitu:
1)Maqsur: tanwin yang ditambah alif
-Syarat penambahan alif adalah kalimah
tersebut tidak mengandungi syarat tanwin ghairi maqsur.
Pada penandaan tanwin maqsur ada 4
mazhab
i) Mashab Khalil dan mazhab Musyaraqah
-Menulis baris tanwin di atas huruf sebelum huruf alif
( عليمًا) (yang diamalkan)
ii) Mashab As-Syaiqani, ahli Muqarabah, ahli
Madinah, ahli Kuffah dan ahli Basrah
-Menulis baris tanwin dia
atas huruf alif (عليماً)
iii) Alamat harakat
ditulis di atas huruf sebelum alif, kemudian ditambah pula satu lagi baris bagi
alamat tanwin di atas huruf alif (عليمَاً)
iv) Alamat harakat ditulis
di atas huruf, alamat tanwin ditulis di
atas alif (عليمَاَ)
Keempat-empat
mazhab ini diaplikasikan dalam tiga keadaan iaitu:
1. Ketika
mansub
2. Ketika
majrur
3. Ketika
maksur
2) Ghairi maqsur:
tanwin yang tidak ditambah alif
Syarat tanwin ghairi
maqsur ialah:
i)Huruf yang marfu(رؤف
الرحيم)
ii)Diakhiri dengan ha’
taknis(رحمة)
iii)Huruf majrur(من
غفور)
iv)Mansub tetapi diakhiri
dengan hamzah.(ماء). Padanya terdapat 3mazhab iaitu:
1. Diletakkan
tanwin di atas hamzah (ماء ً ) (yang diamalkan)
2. Tanwin
diletakkan di atas alif kecil yang terletak selepas huruf hamzah ( ماءًا )
3. Alif
kecil sebelum alif dan huruf hamzah diantara alif kecil dan alif besar, dan
atas huruf hamzah diletakkan tanwin. ( مــــٰـــــئًا )
No comments:
Post a Comment