BAB EMPAT
(TANDA BAGI HURUF YANG BERSYADDAH)
1-Penandaan huruf bertasydid
Terdapat khilaf ulama pada huruf bertasydid sama ada perlu meletakkan tanda atau tidak perlu meletakkannya.
i. Sebahagian ahli Iraq mengatakan: Meletakkan harakat pada huruf pertama dan bakinya tidak perlu.
ii.Jumhur ulama pula mengatakan perlu meletakkan tanda
tasydid.
2.Khilaf yang berlaku dalam cara meletakkan tanda
Pendapat pertama
Mazhab khalil bin ahmad dan pengikutnya :
I. Meletakkan
kepala (syin) tanpa titik.
II. Diletakkan
diatas huruf.
III. Diambil dari perkataan (syin) kerana huruf awal
mengalahkan huruf yang lain.
IV. Apabila keadannya fathah atau dhommah diletakkan
tanda itu pada atas huruf.
V. Inilah yang diamalkan sehingga sekarang dan di
sokong oleh abu daud.
Pendapat lain pula mengatakan ,
i. Tanda fathah
dan dhommah diletakkan didepan huruf.
ii. Tanda kasrah diletakkan di bawah dan bukan
diletakkan pada satu tempat.
iii. Pendapat lain, kasrah diletakkan atas huruf dan
di bawah tasydid. Tetapi ianya dhoif.
Pendapat
kedua
( Ahli
Madinah dan pengikutnya ahli Andalusia)
menggunakan huruf dal yang senget sedikit. Diambil dari perkataan (syidda) yang bermaksud bersangatan. Dikatakan lebih bagus dari (syin) kerana ada dua dal dalam tiga huruf dalam satu kalimah, menjadi pilihan kerana mejoriti. Di letakkan di atas huruf secara terbalik apabila ia fathah, di letakkan di depan secara menunggeng apabila dhommah dan di bawah apabila kasrah.
Kesimpulannya :
1) Meletakkan
tasydid tanpa perlu meletakkan baris.
2) Meletakkan kedua-duanya.
3) Ada baris ada tasydid kalau dihujung sahaja, kalau
bukan di hujung letak tasydid sahaja tanpa baris. Ini kerana tanda tasydid
dihujung selalu bertukar.
No comments:
Post a Comment