Sunday, July 25, 2021

 

BAB KETIGA: HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN DAN  HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA

 

HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN

ASAL USUL TANDA SUKUN

Berdasarkan beberapa pandangan, iaitu

·         Pandangan Khalil bin Ahmad dan Sahabatnya

 

-          Alamat sukun berasal dari kepala huruf jim ج iaitu berasal daripada perkataan جزم  yang bermaksud terputus ( dari satu huruf ke satu huruf yang lain ).

-          Alamat sukun berasal dari kepala huruf ha maftuhah حberdasarkan lafaz استرح yang bermaksud rehat ( ada pergerakan  tetapi sedikit sahaja ).

-          Alamat sukun itu berasal daripada kepala kha’خdaripada lafaz خفف yang bermaksud ringan ( ada pergerakan namun sedikit sahaja )

 

·         Pandangan Abu Daud

 

-          Alamat sukun itu berasal daripada bulatan kecil  (o)

-          Ini adalah pandangan kebanyakan Ahli Nu’tah Madinah, sebahagian Ahli Nu’tah Barat dan sebahagian daripada ahli-ahli Nu’tah Barat.

 

·         Pandangan Ahli Madinah

-          Alamat sukun itu berasal daripada huruf ha   ().


TEMPAT DAN KEDUDUKAN SUKUN

Terdapat dua pandangan iaitu:

PERTAMA :

-          Akan ditulis diatas huruf sekiranya huruf yang sukun itu ialah  HURUF IZHAR dan tidak pada huruf idgham.

-          Menunjukkan isyarat kepada perlunya mengizharkan sebutan huruf tersebut

-          Inilah yang diamalkan.

 

KEDUA :

-          Akan ditulis sukun diatas semua huruf yang sukun ( tidak khusus kepada huruf izhar sahaja ).

-          Ini adalah pendapat yang dhoif.

 

HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA

SEKIRANYA HURUF SELEPAS ADALAH :

·         HURUF IDHGAM KAMIL

-          Perlu letak tanda syaddah

-          Sebagai isyarat kepada sempurna idhgam ( makhraj huruf yang sukun itu tidak lagi kedengaran) huruf yang sukun itu dengan huruf yang selepasnya (قد سَّمع) . 

 

·         HURUF IDGHAM NAQIS

        Terdapat dua mazhab :

Ø  Mazhab pertama :

-            Tidak perlu letak tanda sukun diatas huruf yang idham naqis sebagai isyarat ianya bukan hukum izhar.

-            Dan tidak perlu tanda syaddah padanya isyarat kepada ia bukan hukum idgham kamil.

-            Inilah yang diamalkan ( أحطت )

 

Ø  Mazhab kedua :

-          Perlu letak tanda saddah isyarat kepada ianya adalah hukum idgham.

-          Dan perlu juga diletakkan tanda sukun diatas huruf yang diidghamkan itu isyarat kepada ini hukun idgham naqis.

-          Pandangan ini yang diamalkan oleh sebahagian Ahli-ahli Nu’tah Barat.

 

HUKUM HURUF YANG TERLETAK SELEPAS HURUF HIJAIYYAH YANG PEMBUKA SURAH

·         Dihimpukan huruf huruf tersebut dan dibariskan mengikut  barisnya sahaja samaada izhar,  ikhfa' , idgham kamil,  idgham naqis dan ini yang diamalkan ( الـــــم ).

 

·         Tiga pendapat mengenai qaedah hukum  huruf yang terletak selepasnya sakin.

Ø  Padanya idgham kamil ( ص ذِّكر )

Ø  Padanya idgham naqis ( ن وَّ القلم ) - (( ن وَالقلم

Ø  Padanya izhar atau ikhfa'   ص وَالقرءان) ) - ( طس تِـــلك )

 

 

No comments:

Post a Comment

  Bab surah al waqi'ah   ١ ) كوف وحمص أول المدينة    /     قد أسقطا   كأول    المشأمة ٢ ) موضونة للبصرى والشامى اردد   /    للثان ...